fbpx

205 akaun bank cecah RM1.35 juta dibeku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin

KUALA LUMPUR – Lebih 200 akaun bank milik GISB Holdings (GISBH) dibekukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini dengan nilai mencecah RM1.35 juta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan pembekuan itu membabitkan 205 akaun bank bernilai RM1.35 juta dan satu akaun bernilai AS$1,344.26 (RM5,688.80).

Katanya, tindakan pembekuan akaun dan harta GISBH dibuat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Selain itu, kita turut membekukan pelbagai aset iaitu 31 buah kereta dan bas pelbagai guna serta 19 lot tanah.

“Sebanyak 19 buah kereta, sebuah lori, wang RM16,850, dua utas jam tangan dan haiwan turut disita,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tindakan sitaan bagi barangan tersebut dibuat mengikut Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001.

Kosmo! sebelum ini melaporkan polis membekukan sebanyak 153 akaun bank GISBH bernilai lebih RM880,000 membabitkan 138 akaun bank aktif, manakala lagi 15 sudah ditutup.

Turut dibekukan 22 kenderaan pelbagai jenis bernilai RM1,872,085 dan 14 lot hartanah yang nilainya masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI