fbpx

RM35.29 juta diperuntuk naik taraf jalan kampung seluruh Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHARI ketika menjawab soalan Mohd. Yusla (BN-Senggarang) pada Sidang DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Sebanyak RM35.29 juta telah diperuntukkan tahun ini bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf jalan-jalan kampung di kawasan luar bandar, seluruh Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, ini melibatkan projek Jalan Perhubungan Desa (JPD); Jalan Ladang atau Pertanian serta Jalan Kampung Orang Asli.

“JPD menyaksikan sebanyak 69 projek telah diluluskan dengan peruntukan berjumlah RM7.49 juta, manakala Jalan Ladang atau Jalan Pertanian melibatkan peruntukan RM26.6 juta bagi melaksanakan 229 projek.

“Selain itu, Jalan Kampung Orang Asli pula melibatkan sebanyak 12 projek dengan nilai RM1.2 juta. Projek-projek ini melibatkan kesemua 10 daerah di dalam Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Mohd. Yusla Ismail (BN-Senggarang) berhubung jumlah peruntukan bagi menyelenggara jalan-jalan kampung seluruh negeri pada tahun 2024 di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh memaklumkan semua projek tebatan banjir (RTB) yang telah diluluskan akan disiapkan lebih cepat iaitu pada tahun 2027 berbanding jadual asal pada 2029.

Katanya, enam projek RTB jangka panjang sedang dalam pelaksanaan manakala tiga projek RTB jangka pendek juga sedang dilaksana dengan satu lagi dalam tahap pra pelaksanaan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Hasrunizah Hassan (BN-Pulai Sebatang) berhubung projek RTB bagi mengelakkan kejadian banjir di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI