fbpx

12 polis positif dadah di pusat hiburan digantung tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggantung tugas 12 pegawai dan anggota polis yang positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Sungai Petani, Kedah, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussein berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang terbabit kes jenayah dan masalah disiplin.

Menurutnya, Polis Kedah diarahkan untuk menggantung anggota yang terlibat dengan segera.

“Selain itu, kita akan ambil tindakan terhadap penyelia mereka mengikut Peraturan 3C Pegawai Awam (Tata Kelakuan dan Disiplin) 1993. Penyelia akan dipindahkan dari jawatan mereka kerana tidak layak mengurus anak buah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular laporan serbuan Op Noda dilakukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di sebuah premis di Sungai Petani.

Menerusi serbuan itu, seramai 48 individu diperiksa dengan  31 daripada mereka positif dadah. Antara yang positif adalah dua pegawai dan 10 anggota polis.

Mengulas lanjut, Razarudin mengingatkan anggotanya untuk menjadi contoh dalam masyarakat dan sentiasa berpegang kepada undang-undang serta tanggungjawab.

“Jadikan ini amaran tegas kepada warga PDRM. Kita diberi amanah untuk menegakkan undang-undang, tetapi itu tidak bermakna anda berada di atas undang-undang.

“Tindakan mengikut undang-undang tetap diambil terhadap anggota yang didapati melakukan kesalahan jenayah. Kami tidak akan berdiam diri dan melindungi ‘epal busuk’ yang boleh mencemarkan pasukan polis,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad mengesahkan siasatan lanjut dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI