fbpx

Perak sedia tubuh jawatankuasa khas pulih akhlak pengikut GISBH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tiga dari kanan) ketika menghadiri Majlis Perasmian TML dan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Mineral di Persiaran Teknologi, Kawasan Perindustrian Gopeng 2, Ipoh hari ini.

GOPENG – Kerajaan negeri Perak akan mengikuti langkah negeri lain seperti Johor dan Selangor dengan menubuhkan jawatankuasa khas bertujuan sebagai pemantauan dan pemulihan akhlak pengikut Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dengan nada tegas berkata, perincian jawatankuasa itu akan dibincangkan secara bersama dalam persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam masa terdekat.

“Sudah tentulah ada tindakan. Nanti akan ada persidangan majlis agama negeri dan kita akan bawa untuk dibincangkan secara menyeluruh.

“Isu ini tidak boleh diambil berdasarkan satu-satu kes sahaja kerana ada kaitannya dengan kes yang terlebih dahulu (diharamkan) iaitu al-Arqam dan Rufaqa,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Terra Mineral Lab (TML) dan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Mineral di Persiaran Teknologi Kawasan Perindustrian Gopeng 2 di sini hari ini.

Katanya lagi, pihaknya telah mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah untuk menghadap Dan menyembah maklum berkenaan perkembangan isu GISBH di negeri ini pada Isnin minggu depan.

“Laporan terperinci termasuk operasi dan tangkapan telah disiapkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang merupakan pihak bertanggungjawab mengendalikan kes tersebut.

“Insya-Allah, minggu depan hari Isnin, saya akan sembuh maklum kepada Tuanku laporan dan dapatan yang diberikan oleh JAIPk,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI