fbpx

RMK13 jadi dokumen penting Kerajaan Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi Ramli

PETALING JAYA – Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan menjadi dokumen penting Kerajaan Madani untuk merangka hala tuju ekonomi negara bagi lima tahun akan datang.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, RMK13 malah akan menjadi dokumen penting Kerajaan Madani untuk merangka hala tuju ekonomi negara hingga tahun 2040.

“RMK13 berazam untuk menjadi sebuah dokumen strategik yang komprehensif dan mudah difahami oleh rakyat.

“Melibatkan semua pihak daripada perusahaan kecil dan sederhana (PMKS) sehinggalah kepada isu masyarakat menua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, sebagai sebahagian daripada penyediaan RMK13, Kementerian Ekonomi telah memulakan inisiatif ‘Madani Mendengar’

Jelas beliau, inisiatif itu bertujuan untuk mendengar pandangan rakyat semua lapisan masyarakat dengan sesi pertama berlangsung di Selangor pada 1 Oktober lalu.

Kata beliau, sesi itu melibatkan penyertaan pelbagai pihak termasuk sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO), kumpulan berkepentingan, dan mahasiswa.

“Sesi Madani Mendengar ini akan diteruskan di seluruh negara. Kami mengalu-alukan orang awam yang ingin menyumbang idea dan cadangan untuk RMK13.

“Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada usaha membentuk masa depan ekonomi negara.

“Kongsi pandangan anda di https://rmk13.ekonomi.gov.my/rmk13/pandangan-awam/ dan bersama-sama kita wujudkan Malaysia yang lebih sejahtera dan maju,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI