fbpx

8 bulan kahwin, Puteri Khareeza masih tak pandai masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lapan bulan bergelar isteri, Puteri Khareeza masih tidak mahir 'bersilat' di dapur.

KUALA LUMPUR – Hampir lapan bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Puteri Khareeza mengakui masih belum pandai memasak namun menyimpan hasrat belajar suatu hari nanti.

Kata Khareeza atau nama lengkapnya Puteri Aszfaryna Khareeza Arif, 26, dia bertuah kerana dikurniakan suami, Mohd. Shukor Khamaruddin yang cekap di dapur malah sering menyediakan hidangan di rumah.

“Suami saya yang masak di rumah sebab dia pandai masak serta cekap di dapur.

“Sejujurnya, saya memang tak pandai masak dan dia tahu tentang perkara tersebut tetapi insya-Allah saya akan belajar nanti.

“Cuma saya risau sebab dia ‘terror’ (mahir), takut dia akan komen masakan saya,” katanya kepada Kosmo! Online semasa sidang media showcase Puteri Khareeza.

Dia turut memaklumkan antara air tangan suami yang paling disukai adalah masak udang tempoyak, nasi tomato dan ayam masak merah.

Berkongsi lanjut, Khareeza juga tidak menyesal berkahwin walaupun berkenalan dengan suami dalam masa singkat.

“Saya tak menyesal bergelar isteri pada usia muda sebab dia tidak menyusahkan kehidupan saya tetapi lebih menyenangkan. Saya pun banyak belajar daripada dia.

“Empat bulan perkenalan memang tempoh yang cukup sebab kami jumpa hari-hari. Saya pula suka orang kelakar sebab boleh hiburkan saya setiap masa.

“Keluarga pun nampak dia sangat baik dan boleh jaga saya,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai perubahan ketara selepas berkahwin, pelantun lagu Duka Sebalik Tawa itu mengakui lebih matang sehingga boleh fokus terhadap karier seni dan pengajian dalam Jurusan Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Perubahan besar selepas jadi isteri adalah saya matang sebab dulu saya rasa banyak main. Dia banyak ubah saya berfikir panjang.

“Menyanyi dan berlakon pun saya hanya pergi untuk bekerja tanpa fikir panjang. Belajar juga jadi lebih fokus selepas berkahwin.

“Showcase ini pun kalau saya tak kahwin mungkin tidak terfikir untuk buat,” tuturnya.

Khareeza dan Shukor mendirikan rumah tangga pada 24 Februari lalu selepas empat bulan berkenalan dalam media sosial.

Showcase pertamanya dinamakan Sebenar yang diadakan di RCD Big Studio, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada 16 November depan.
– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI