fbpx

[VIDEO] Mak, ayah, saya selamat tapi kawan-kawan saya tidak…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang kanak-kanak lelaki yang terselamat dalam tragedi bas terbakar di Thailand ditenangkan oleh ibunya.

PETALING JAYA – Tangisan pilu seorang pelajar lelaki yang terselamat dalam kebakaran bas di Bangkok, Thailand baru-baru ini meruntun hati orang ramai susulan video kejadian itu tular di media sosial.

Menerusi satu perkongsian di Tik Tok dengan kapsyen ‘Mak, ayah… Saya selamat tapi kawan-kawan saya tidak’, budak lelaki itu dilihat menangis teresak-esak sambil dipeluk erat oleh ibunya dalam cubaan untuk menenangkan dirinya.

Menurut komen yang ditinggalkan pada hantaran video tersebut, kanak-kanak lelaki itu bukan sahaja kehilangan rakan-rakan sekolahnya tetapi juga adiknya dalam kebakaran itu.

“Ibu ini menghantar dua anak lelakinya ke lawatan sekolah itu. Budak lelaki yang menangis adalah abangnya, dan dia menangis kerana terselamat tetapi dia tidak dapat menyelamatkan adiknya,” komen Jinjnth.

Kejadian malang pada Selasa lalu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Uthai Thani daripada Bangkok apabila tayar bas berkenaan tiba-tiba meletup dan menyebabkan api merebak dengan pantas.

Difahamkan, kebanyakan penumpang terdiri daripada pelajar dan guru dilaporkan terperangkap dan tidak dapat menyelamatkan diri, termasuklah adik kepada kanak-kanak lelaki itu.

Menurut pengguna media sosial dikenali sebagai Hazel, kanak-kanak yang terselamat itu duduk berhampiran dengan pintu hadapan bas itu, sekali gus membolehkan dia untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran itu.

Sementara itu, hantaran tersebut telah meraih pelbagai reaksi dimana rata-rata meluahkan rasa simpati berhubung situasi berkenaan.

“Tidak dapat membayangkan trauma dan rasa bersalah yang mungkin dia rasakan setiap hari. Berdoa untukmu anak kecil dan kepada mereka yang tidak terselamat dari kebakaran. Semoga roh mereka tenang,” ujar Jyll.

“Saya turut menangis, teruskan kuat wahai anak kecil,” komen Ain Ismail.

“Hati saya sakit sangat tengok ni. Doakan semua,” kata Mayeee. – KOSMO! ONLINE

@sharrlungs325 So much emotion in here seeing your kid is Okay after that Bus Fire Accident. Can’t imagine the trauma he will bring seeing his classmates burned and died. On the contrary, we felt the heartaches of those Parent whom their kids didn’t survive. 💔 #thailandbusfire #BusFire ♬ original sound – Mugiwara

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI