fbpx

68 guru terlibat program pendidikan khas kanak-kanak GISBH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seramai 68 guru terlibat secara langsung dalam program pendidikan untuk kanak-kanak rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) yang berada dalam perlindungan pihak berkuasa bermula 1 Oktober lalu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan berkata, langkah itu bagi memenuhi keperluan kanak-kanak terbabit yang tidak pernah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan.

Katanya, program itu menggunakan Kit Program Transisi Tahun 1 dan Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA).

“Kit ini memberi penekanan kepada aspek sosioekonomi, kognitif dan fizikal kanak-kanak bagi membina keyakinan diri dan seterusnya sebagai persediaan holistik termasuk penguasaan literasi dan numerasi,” katanya hari ini.

Menurut KPM, program pendidikan itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dirangka khusus untuk memberi akses pendidikan formal dan berstruktur kepada kanak-kanak terlibat bagi mengelakkan keciciran pembelajaran.

KPM berkata, modul yang digunakan turut menerapkan elemen yang dapat meningkatkan kesedaran tentang potensi diri.

Jelasnya, ia termasuk memupuk keseimbangan kanak-kanak ini daripada aspek jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek (JERSI) sebagai persediaan menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran secara positif.

“Ia seterusnya mempersiapkan mereka untuk menghadapi suasana pembelajaran baharu.

“Selaras dengan agenda Pendidikan Manusiawi, KPM komited memastikan kanak-kanak terlibat mendapat peluang pendidikan terbaik dan tiada yang terpinggir,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI