fbpx

Mayat bayi perempuan dibuang tepi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPING – Mayat bayi perempuan dipercayai dilahirkan wanita warga Kemboja dijumpai di kawasan tepi Sungai Larut di Simpang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada Bahagian Kecemasan Hospital Taiping pada pukul 3.32 pagi berkaitan perkara tersebut.

Beliau berkata, pihak hospital memaklumkan mereka menerima pesakit wanita warga Kemboja dalam keadaan sedar dan baru melahirkan anak, tetapi bayi itu meninggal dunia.

“Bagaimanapun, bayi tidak dibawa bersama wanita berusia 43 tahun tersebut.

“Susulan itu, pegawai dan anggota digerakkan bagi mengesan suspek. Kita menangkap lelaki warga Nepal berusia 34 tahun dalam tempoh kurang 24 jam,” katanya hari ini.

Mohamad Nasir berkata, suspek menunjukkan lokasi mayat bayi perempuan tersebut dibuang di kawasan tepi Sungai Larut, Simpang. Bayi itu dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam beg. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI