fbpx

Ketibaan Anwar disambut Perdana Menteri Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif menyambut ketibaan Anwar di negara itu malam tadi.

PETALING JAYA – Ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi di Pakistan malam tadi disambut oleh rakan sejawatnya, Shehbaz Sharif.

Anwar berkata, beliau kini dalam lawatan negara sehingga Jumaat bagi mengukuhkan lagi hubungan 67 tahun Malaysia-Pakistan yang telah terjalin ke tahap lebih baik.

“Alhamdulillah, selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara Pakistan, Nur Khan malam tadi. Usai tiba, saya dan delegasi disambut rakan sejawat Shehbaz Sharif.

“Peluang itu digunakan bagi menyatakan penghargaan di atas jemputan yang akan membuka lembaran baharu hubungan diplomatik kedua-dua negara selain mewujudkan agenda kerjasama pelbagai sektor di masa hadapan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau berharap semoga segala yang diatur pada lawatannya itu akan berjalan lancar dan memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk turut membincangkan isu serantau dan antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI