fbpx

Cliff Umar bangkit, tak kisah kerja Gojek di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kini bebas najis dadah, Cliff kini bekerja sebagai penunggang Gojek di Indonesia.

PERNAH terjebak dengan dadah, penyanyi Cliff Umar yang juga juara Gegar Vaganza musim ketujuh nyata sudah bangkit semula.

Menerusi Instagramnya, dia meluahkan rasa syukur apabila masih dikurniakan rezeki dengan bekerja sebagai pemandu teksi motosikal di Indonesia atau Gojek.

Cliff atau nama sebenarnya Umar Joseph Abdullah mengakui tidak kisah melakukan apa-apa pekerjaan termasuk sebagai pemandu gojek.

Begitupun, dia tidak memperincikan sejak bila bebas dari hukuman dan berhijrah ke negara seberang.

Sebelum ini Cliff didenda sebanyak RM5,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor atas pertuduhan memiliki dan memberi dadah kepada dirinya sendiri.

MIZZ LAHAR: Ramai puji Alif Satar, tak perlu sentuh pun babak tetap hidup.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI