fbpx

Apa cerita, Remy Ishak dah makin ‘rosak’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remy kini semakin kelakar terutama menerusi perkongsian dalam media sosial.

SEJAK bergelar bapa, aktor Remy Ishak dikatakan semakin kelakar. Sisi peribadi yang sarat humor mula terserlah sedikit demi sedikit.

Terbaharu bapa kepada si kecil bernama Tuah Alam yang baru berusia 14 bulan itu menunjukkan skil berjuang dalam permainan tular ‘game’ ayam.

Bukan setakat penuh konsentrasi, pelakon Pulang itu juga  berketak seperti haiwan tersebut. Biarpun kecundang, gelagat Remy menggeletek hati peminat yang mendakwa aktor berusia 42 tahun itu sudah ‘rosak’.

Rata-rata terhibur mengikuti video yang dikongsikan dalam TikTok itu sehingga menyarankannya menyertai program pencarian pelawak.

MIZZ LAHAR: Kenapa Man Raja Lawak merajuk dengan produksi Sepahtu Reunion?


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI