fbpx

Wanita terselamat kereta dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita terselamat selepas kereta dinaikinya dihempap sebatang pokok berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Megah, Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila sebatang pokok tumbang menghempap kereta dinaikinya dalam kejadian berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Megah, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 7.39 malam.

Katanya, seramai lapan anggota bomba keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Damansara dihantar ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 33 tahun yang sedang memandu kereta jenis Perodua Axia sebelum dihempap sebatang pokok.

“Mangsa yang berada di dalam kereta tersebut berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat kemudian diserahkan kepada keluarganya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, beliau memaklumkan satu laluan terhalang ekoran kejadian pokok tumbang di jalan menghala ke Kubang Pasu, Selayang, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 6.10 petang tadi.

Katanya, seramai enam anggota bomba keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Selayang dihantar ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar terdapat sebatang pokok telah tumbang dan menghalang jalan.

“Kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan struktur,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI