fbpx

Wanita enggan jual tanah pusaka bernilai RM230 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUI HONG tidak mahu menjual sebidang tanah di Kampung Lorong Buangkok. - Foto TikTok/@Wanandzal

SINGAPURA – Seorang wanita enggan menjual sebidang tanah yang merupakan satu-satunya kampung di Singapura ketika ini, lapor portal berita Asiaone semalam.

Sng Mui Hong enggan menjual tanah seluas 12.24 meter persegi dengan nilai semasanya adalah SG$70 juta (RM230 juta) di Kampung Lorong Buangkok. 

Dia dan empat saudara kandungnya mewarisi tanah di kampung itu daripada bapanya, mendiang Sng Teow Koon yang membelinya pada 1956.

Walaupun tanah itu dilaporkan bernilai SG$70 juta, Mui Hong enggan menjualnya kerana telah berjanji kepada mendiang bapanya.

Anak bongsu daripada empat beradik itu menyatakan dalam satu klip video TikTok ejen hartanah bahawa bapanya mahu menyimpan tanah itu untuk keturunan mereka.

“Ia satu dosa besar kerana kamu sudah berjanji dengan bapa kamu (untuk menjaga tanah ini), bagaimana kamu boleh berbohong?” soalnya dalam video itu.

Sikap wanita itu mendapat pujian netizen dengan ada yang menulis bahawa dia tidak mementingkan wang dan menepati janji. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI