fbpx

Pelajar maut terjatuh dari bangunan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam sekitar pukul 6.59 petang.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sekolah berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Mashariman, mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik dan Patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menimbulkan kegusaran masyarakat dan menghentikan penularan kejadian itu di media sosial.

“Orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular tindakan remaja tersebut dikatakan sempat memuat naik video ucapan terima kasih kepada rakannya di media sosial sebelum kejadian tragis itu menimpa dirinya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI