fbpx

Sunway Melawati bangunkan projek apartmen servis mewah dengan GDV RM3.2 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarena melihat projek baharu itu akan menjadi tarikan pencari hartanah untuk menikmati gaya hidup moden di bandar.

PETALING JAYA – Sunway Berhad (Sunway) melalui anak syarikat milik penuhnya Sunway Melawati Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli dengan Viva Impian Sdn Bhd (VISB). untuk memperoleh sebidang tanah hak milik kekal utama seluas 7.11 hektar  di Taman Taynton, Kuala Lumpur dengan harga pembelian sebanyak RM320 juta.

Tapak tersebut terletak bersebelahan dengan pembangunan perumahan Sunway Alishan.

Pengarah Urusan Sunway Property, Sarena Cheah berkata, tanah tersebut akan dibangunkan dengan projek apartmen servis mewah dengan nilai pembangunan kasar bernilai RM3.2 bilion.

Menurut beliau, projek apartmen servis mewah itu menawarkan pengalaman gaya hidup bandar moden yang unik bersertakan podium runcit yang bertumpukan kepada kesihatan dan kesejahteraan, termasuk klinik kesihatan dan kesejahteraan.

“Pengambilan tanah yang dicadangkan ini merupakan peluang yang menarik untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap pembangunan bersepadu berkualiti tinggi di Kuala Lumpur. 

“Visi kami adalah untuk mewujudkan ruang komuniti holistik yang berpusat kepada kesejahteraan yang memenuhi keperluan gaya hidup bandar moden yang semakin berkembang.

“Kami yakin pembangunan ini akan mencetuskan dan meningkatkan pertumbuhan di kawasan sekitarnya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Projek tersebut  terletak di lokasi yang strategik dengan kemudahan akses langsung dari Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dihubungkan terus ke lebuh raya utama termasuk Lebuh raya Shah Alam (KESAS), Lebuh raya Grand Saga, Lebuh raya Hubungan Timur-Barat, dan Lebuh raya Maju (MEX). 

Tambah beliau, Sunway Property akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa perancangan bagi memastikan pembangunan ini memenuhi piawaian tertinggi dari segi kualiti, keselamatan, dan tanggungjawab alam sekitar. 

“Usaha baharu ini mengukuhkan lagi kedudukan Sunway Property sebagai peneraju dalam pembangunan bandar inovatif dan mampan, meneruskan legasinya dalam membina komuniti yang berkembang maju dan berdaya tahan sepanjang masa,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI