fbpx

Iran guna peluru berpandu hipersonik Fattah-1 serang Israel 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar edaran yang disediakan oleh laman web rasmi IRGC pada 6 Jun 2023 menunjukkan majlis pelancaran peluru berpandu hipersonik Fattah di Tehran. - AFP

BEIRUT – Iran menggunakan peluru berpandu balistik Ghadr dan Emad, di samping peluru berpandu hipersonik Fattah terbaharu, dengan 90 peratus daripadanya mengenai sasaran mereka, lapor agensi berita MEHR.

Keluarga peluru berpandu Ghadr yang diperkenalkan pada 2005 adalah varian peluru berpandu balistik jarak sederhana Shahab-3 yang dipertingkatkan.

Ia digunakan oleh tentera Iran sejak 2003.

Peluru berpandu balistik Emad ialah versi Ghadr yang dipertingkatkan, dengan panduan dan ketepatan yang dipertingkatkan. Ia diuji dan digunakan pada penghujung tahun 2015.

Sementara itu, peluru berpandu hipersonik Fattah-1 diumumkan pada Jun tahun lalu dalam satu majlis yang dihadiri bekas Presiden Iran, Allahyarham Ebrahim Raisi, ketua Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Mejar Jeneral Hossein Salami dan komander aeroangkasa IRGC, Brigedier Jeneral Amir Ali Hajizadeh.

Ia dinamakan Fattah (bermaksud pembuka) oleh Pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei.

Dengan jarak 1,400 kilometer, Fattah-1 diklasifikasikan sebagai peluru berpandu balistik jarak sederhana yang mampu menyasarkan entiti Zionis dari mana-mana sudut barat Iran. 

Kelajuan terminalnya adalah 16,000 kilometer sejam hingga 18,500 kilometer sejam, tiga kali lebih cepat daripada had bawah kelajuan hipersonik.

Fattah-1 dikatakan boleh bergerak sehingga 15 kali ganda kelajuan bunyi selain memiliki keupayaan menyasarkan sistem pertahanan peluru berpandu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI