fbpx

BAM umum 34 pemain skuad senior 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kiri) dan Wooi Yik kekal menjadi sandaran BAM pada musim depan.

KUALA LUMPUR – Dalam usaha membentuk satu skuad yang kuat dan kompetitif bagi menghadapi saingan musim depan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyenaraikan 34 pemain yang akan membarisi skuad kebangsaan.

Pemilihan itu dibuat selepas melalui proses saringan cukup teliti hasil daripada perbincangan yang dilakukan antara pengurusan BAM dan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky.

Seperti dijangka, beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengetuai senarai nama 34 pemain itu yang turut disertai perseorangan lelaki No.32 dunia, Ng Tze Yong serta bekas juara remaja Asia, Leong Jun Hao.

“Proses pemilihan melibatkan perbincangan terperinci antara pengurusan BAM dan Rexy Mainaky adalah bertujuan untuk membentuk sebuah pasukan yang kuat dan kompetitif menjelang tahun-tahun mendatang,” kata BAM menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, juara Terbuka Korea, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengepalai senarai pasukan beregu campuran yang terdiri daripada 12 pemain keseluruhan termasuk gandingan sedang meningkat naik, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin.

Skuad beregu wanita pula menyaksikan hanya pasangan No.7 dunia, Pearly Tan-M. Thinaah yang disenaraikan memandangkan pemain-pemain lain akan dinilai oleh ketua jurulatih baharu nanti.

Dalam perkembangan sama, BAM turut melepaskan 13 pemain termasuk empat perseorangan lelaki (Chua Kim Sheng, Ong Zhen Yi, Kok Jin Hong, Lee Jan Jireh) serta dua perseorangan wanita (Siti Nurshuhaini Azman, Ung Yi Xing).

Turut disingkirkan dua pemain beregu lelaki (Beh Chun Meng, Choi Jian Sheng), dua pemain beregu wanita (Anna Cheong, Low Yeen Yuan) serta tiga pemain beregu campuran (Jeremy Juan, V. Poopathi, Lai Ting Chen). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI