fbpx

Guru digantung tugas minta duit ibu bapa beli komputer riba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail seorang guru di Hanoi. - Foto AFP

BANDAR RAYA HO CHI MINH – Seorang guru digantung tugas selepas didapati meminta sumbangan daripada ibu bapa pelajar untuk membeli sebuah komputer riba, lapor laman berita Tuoi Tre News semalam.

Kejadian berlaku di sebuah sekolah rendah di Bandar Raya Ho Chi Minh.

Sekolah itu kemudian membuat keputusan kelmarin untuk menggantung tugas guru tersebut selama 15 hari.

Ibu bapa pelajar itu sebelum ini menyatakan kebimbangan mereka berhubung perbuatan pendidik tersebut. 

Mereka memberitahu guru besar itu melalui mesej dalam kumpulan sembang bahawa guru berkenaan tidak menyediakan rangka penyemakan pelajaran.

Ibu bapa juga tidak bersetuju dengan cadangannya mengenai pembiayaan mereka untuk membeli komputer riba untuknya.  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI