fbpx

Sudah empat tahun bersalin, masih belum daftar kelahiran anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

LUMUT – Masih ada kes pendaftaran kelahiran yang lewat dilakukan sehingga mencecah empat tahun berlaku di Perak.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak, Asuat Ahmad, berkata walaupun bilangan kes seperti itu tidak banyak, pihaknya akan berusaha untuk menyelesaikannya secepat mungkin.

“Antara punca ia berlaku ialah ketiadaan dokumen berkaitan kelahiran yang menyukarkan usaha memproses pendaftaran kanak-kanak tersebut,” jelasnya pada sidang akhbar selepas menyertai Program Dakapan Kasih Tahun 2024 sempena sambutan Hari Pendaftaran Negara Ke-76 peringkat negeri Perak di Hospital Seri Manjung (HSM), dekat sini hari ini.

Menurut Asuat, antara punca ketiadaan dokumen ialah apabila berlaku kematian ibu bapa sehingga menyebabkan dokumen berkaitan kelahiran tidak ditemui, hilang atau salah letak.

Terangnya, begitu juga dengan pasangan yang berkahwin di luar negara dan tidak berdaftar atau tiada pengesahan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI