WASHINGTON – Lebih 100 individu mahu menyaman penyanyi rap dan produser muzik, Sean ‘Diddy’ Combs atas dakwaan melakukan serangan seksual, rogol dan eksploitasi seksual, kata seorang peguam Amerika Syarikat (AS) seperti laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC).
Peguam yang berpangkalan di Texas, Tony Buzbee berkata, sejumlah individu yang didakwa menjadi mangsa adalah termasuk kanak-kanak yang didera ketika mereka berusia seawal sembilan tahun.
“Ini adalah perkara penting yang kami ingin lakukan secara agresif,” katanya kepada pemberita.
Bercakap pada sidang akhbar, Buzbee berkata, dia dan pasukannya tidak akan berhenti berusaha untuk mencari pihak yang terlibat dalam dakwaan itu.
Sementara itu, peguam yang mewakili bintang kontroversi tersebut, Erica Wolf berkata, penyanyi rap berkenaan secara tegas menafikan dakwaan itu serta menggelarnya sebagai palsu dan fitnah.
Wolff berkata, Combs atau lebih dikenali sebagai P. Diddy berkata, dia tidak sabar untuk membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah di mahkamah. – AGENSI