fbpx

Penunggang warga emas maut dirempuh Alza ketika memotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular kemalangan maut membabitkan seorang lelaki warga emas di Jalan Kuala Lumpur - Ipoh, Serendah, Hulu Selangor, semalam.

HULU SELANGOR – Seorang lelaki warga emas maut dirempuh kenderaan dari arah bertentangan ketika cuba memotong sebuah kereta di hadapannya dalam kejadian di Jalan Kuala Lumpur – Ipoh berdekatan Taman Teratai Batu 28, Serendah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian pada pukul 5.20 petang itu berlaku ketika penunggang motosikal Honda Wave berusia 69 tahun dalam perjalanan ke Kuala Kubu Bahru.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta dinaiki seorang lelaki warga asing berusia 24 tahun bersama tiga penumpang yang mana kesemuanya pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam perjalanan dari Bukit Fraser ke Gombak.

“Setibanya di lokasi, sebuah motosikal dari arah bertengangan telah memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum masuk ke laluan kereta Alza dan melanggar kereta itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Faizal, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal telah dikejarkan ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia pada hari yang sama.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI