fbpx

Man. City kembali temui rentak terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FODEN akhirnya berjaya meledak gol pertamanya buat City musim ini ketika menewaskan Bratislava awal pagi semalam. - AFP

BRATISLAVA, Slovakia – Manchester City meraih kemenangan sulung dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini selepas menewaskan Slovan Bratislava 4-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional awal pagi semalam.

Empat gol masing-masing satu jaringan menerusi Ilkay Gundogan, Phil Foden, Erling Haaland dan James McAtee memastikan The Citizens bangkit daripada keputusan seri tanpa jaringan ketika bertemu Inter Milan bulan lalu.

Pengurus City, Pep Guardiola menyuarakan rasa puas hati dengan kemenangan itu, lebih-lebih lagi mereka berada dalam situasi tidak menentu selepas turut mencatat keputusan seri 1-1 menentang Newcastle United dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu lalu.

“Semua pemain menampilkan aksi cukup menakjubkan dan kami bermain sangat baik. Kami mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol, jadi saya gembira dengan tiga mata pertama dalam saingan UCL.

“Bagaimanapun, saya langsung tidak fikir mengenai jumlah jaringan kerana apa yang paling penting adalah kami berjaya catat kemenangan. Sekarang kami sudah mula mendaki kedudukan liga,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memuji aksi ditampilkan Foden yang kembali menemui sentuhan sebenar selepas kerap diketepikan musim ini kerana gagal mengekalkan prestasi dipamerkan pada musim lalu.

“Dia bermain sangat baik hari ini (semalam) dan mencipta gerakan untuk menjaringkan gol buat pasukan. Mungkin ia memerlukan sedikit masa tetapi saya yakin, dia semakin hampir untuk kembali,” ujar Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI