fbpx

[VIDEO] Pengantin berlari anak ke pelamin cuit hati netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Reaksi sepasang pengantin berlari anak semasa perarakan bersanding ketika hujan mencuit hati orang ramai.

Melalui sebuah perkongsian di TikTok ScenePictureOfficial, pengantin yang lengkap berpakaian songket itu tetap dipayung oleh pengapit serta turut dikipas meskipun hujan mulai lebat.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji sikap pengantin dan pengiringnya yang kekal ceria meskipun hujan turun dengan tiba-tiba.

“Bagus, amanah betul pengapit. Kipas tetap kipas walaupun hujan dan ribut melanda,” kata Atienna.

“Kipas tu ikut kelajuan larian ya. Berfungsi betul pengapit, semoga hubungan pengantin kekal hingga jannah,” kata Siti Fatimah.

“Comelnya, kenangan betul. Bukan berarak, tapi berlari,” kata Siput Merah Jambu.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 100,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

@scenepicture_official Tengah berarak tiba2 hujan 🤣🤣 #fyp #pengantin #pengantinviral #wedding #weddingtiktok #weddingmalay #weddingmalaysia #photographywedding #videographywedding #gambarkahwin ♬ Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel & Thomas Hewitt Jones

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI