fbpx

Sempat daftar masuk USIM walaupun terlibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIZ (baju kameja biru) bersama ibunya Hasnizaa (baju merah jambu) menerima rawatan awal daripada pegawai perubatan USIM. FOTO NOR SHAFAWATI YUP/ KOSMO!

NILAI – Perjalanan seorang remaja untuk mendaftar masuk ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini diuji selepas kereta yang dinaiki bersama keluarganya terbabit kemalangan di Gebeng, Kuantan hari ini.

Di sebalik musibah yang berlaku, Hariz Zaimuddin, 19, berkata, ada insan berhati mulia dikenali sebagai Azli Shah tampil menghulurkan bantuan dengan meminjamkan kereta supaya remaja itu dapat mendaftar masuk ke USIM.

Hariz berkata, kemalangan pada pukul 12.30 tengah malam itu berlaku ketika dia bersama ibu bapa serta tiga adiknya dalam perjalanan dari rumah mereka di Pasir Puteh, Kelantan ke USIM.

“Sampai di lokasi kejadian, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Sienta dipandu ayah terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Ketika itu saya sedang tidur,” katanya ketika ditemui di USIM hari ini.

Akibat kemalangan itu, Hariz yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan Islam lebam di kepala akibat terhantuk.

Sementara itu, ibunya, Hasnizaa Seman, 42, memberitahu, nahas berlaku sekelip mata dan berikutan jalan agak gelap..

“Di sebalik ujian ini, Allah datangkan orang baik seperti Azli Shah yang meminjamkan keretanya supaya kami dapat datang ke USIM,” katanya.

Mereka sekeluarga tiba di USIM, Nilai sekitar pukul 11.30 pagi tadi dan Hariz sempat bersiap dan menukar pakaian di stesen minyak berdekatan.

Hariz yang merupakan anak sulung sebelum ini menuntut di Maahad Saniah Pasir Puteh, Kelantan dan turut menerima tawaran ke Univeristi Al-Azhar, Mesi, namun memilih untuk menyambung pengajian di USIM.

Dalam pada itu, Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr. Sharifudin Md Shaarani sempat meluangkan masa melawat Hariz sekekuarga dan pegawai perubatan USIM menjalankan rawatan awal terhadap mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI