fbpx

Pelaburan RM27 bilion Oracle bukti syarikat dunia yakin potensi Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian grafik di Facebook Anwar, hari ini.

PETALING JAYA – Pembukaan pusat awan awam Oracle yang pertama di Malaysia mencerminkan keyakinan syarikat-syarikat dunia terhadap potensi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia juga bukti komitmen syarikat-syarikat dunia terhadap Malaysia sebagai pintu masuk bagi infrastruktur awan dan menyokong pertumbuhan ekosistem kecerdasan buatan (AI) serantau.

Dengan pelaburan berjumlah AS$6.5 bilion (RM27 bilion) yang dibuat Oracle katanya, ia didukung oleh dasar yang jelas dan kerjasama strategik kerajaan.

“Kerajaan Madani berjaya menarik pelaburan daripada syarikat teknologi utama dunia seperti Amazon Web Services, Microsoft, Google dan terkini Oracle.

“Keseluruhan projek yang diumumkan oleh syarikat-syarikat ini sehingga kini melibatkan pelaburan keseluruhan yang dianggarkan bernilai US$16.9 bilion (RM70.3 bilion),” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, penting bagi tenaga kerja dan syarikat tempatan merebut peluang sebaiknya daripada pelaburan-pelaburan berkenaan.

“Dalam beberapa siri perbincangan bersama pelabur termasuk pengurusan tertinggi syarikat-syarikat tersebut, saya tekankan kepentingan perluasan manfaat jangka panjang kepada Malaysia.

“Ia termasuk pembangunan pusat kecemerlangan, fakulti AI dan pemerkasaan kumpulan masyarakat.
Saya yakin dengan sokongan semua pihak, matlamat dan sasaran ekonomi Madani akan dapat dicapai, insya-Allah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI