fbpx

[VIDEO] Penuntut Malaysia saksi Iran hantar ‘hujan meteor’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dikongsikan penuntut Malaysia di Jordan memaparkan suasana ruang udara yang dipenuhi peluru berpandu.

PETALING JAYA – Bagaikan hujan meteor di langit. Itu yang dapat digambarkan mengenai ruang udara Jordan selepas Iran bertindak melancarkan peluru berpandu ke arah Israel dalam serangan berskala besar.

Video berdurasi 23 saat memaparkan suasana kejadian itu dikongsikan seorang penuntut Malaysia di Jordan menerusi akaun X dikenali sebagai @xxiaoly.

Pada hantaran tersebut, pelajar tersebut turut memohon doa kepada Allah sekali gus kemenangan buat orang Islam.

“Assalamualaikum semua. Minta doakan kami di bumi Jordan dan seluruh bumi Islam. Baru sahaja menyaksikan serangan Iran ke atas Israel. Takut sangat sangat. Semoga kemenangan milik Islam.

“Nauzubillah weh nampak roket lalu tadi, sumpah takut,” katanya pada hantaran dimuat naik hari ini.

Menjawab pertanyaan daripada pengguna X yang lain, @xxiaoly memaklumkan kejadian berlaku pukul 8 malam waktu tempatan.

“Dengar (bunyi misil). Dari dalam rumah pun dengar,” katanya.

Pada video itu juga, terdengar suara perlahan dipercayai pemilik video atau penghuni rumah itu yang menyebut ‘lailahaillallah muhammadarrasulullah’ serta mengucap dua kalimah syahadah.

Media antarabangsa melaporkan, Iran melancarkan lebih 180 peluru berpandu ke arah Israel dalam serangan berskala besar yang meningkatkan lagi kebimbangan perang serantau berskala penuh, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Pengawal Revolusi Iran berkata, peluru berpandu mengenai sasarannya.

Tambahnya, ia melancarkan serangan balas atas pembunuhan pemimpin sekutunya, Hizbollah dan Hamas, serta seorang jeneral tertinggi Iran.

Serangan peluru berpandu itu berlaku beberapa jam selepas tentera Israel memulakan pencerobohan darat di selatan Lebanon, di perkampungan sempadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI