fbpx

‘Semoga Fatima membesar jadi anak yang solehah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fattah menitipkan doa agar anaknya membesar di bawah lindungan Allah SWT.

PETALING JAYA – “Daddy rindu awak, Fatima Aisya.”

Itu antara ayat mengundang sebak ramai yang dititipkan pelakon Fattah Amin kepada sempena ulang tahun kelahiran ke-4 anak perempuannya, Nur Fatima Aisya hari ini.

Sebagai bapa, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, berkata, dia berdoa Fatima menjadi seorang anak yang baik dan sentiasa dijaga Allah SWT.

“Selamat hari lahir anakku Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah.

“Semoga membesar sihat menjadi anak yang solehah, bijak pandai, sihat walafiat dan sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT,” katanya.

Menerusi hantaran sama, bintang drama Hero Seorang Cinderella itu turut memuat naik video dia menyanyikan lagu kanak-kanak The Finger Family bersama Fatima.

Perkongsian tersebut seterusnya mengundang ratusan komen yang rata-ratanya terus berdoa agar rumah tangga Fattah dan isterinya, Fazura dapat diselamatkan serta tidak berakhir dengan perceraian.

“Kapsyen hantaran ini tak panjang tetapi sampai ke hati. Semoga baik-baik sahaja untuk Fattah sekeluarga.

“Selamat hari jadi Fatima, semoga terus jadi pengikat kasih Fazura dan Fattah,” komen netizen.

Pada 27 September lalu, Fattah juga membuat kejutan sempena hari ulang tahun kelahiran Fazura apabila menghantar sebiji kek, sejambak bunga warna merah jambu, kad dan ucapan manis.

Kesemua hadiah dan kejutan tersbeut menjadi bahan buah mulut ramai selepas Fazura pada 13 September lalu mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah.

Namun, pada prosiding pertama kes perceraian merek 25 September lalu, Fattah tidak bersetuju untuk melafazkan talak terhadap Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Mahkamah seterusnya menangguhkan kes perceraian pasangan itu ke tarikh baharu, pada 7 Oktober depan.

Fazura kemudian dalam sebuah perkongsian di Instagram memaklumkan dirinya nekad mahu bercerai dengan Fattah demi mempertahankan maruah dan kesejahteraan hidup bersama Fatima.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI