fbpx

Malaysia gesa semua pihak di Asia Barat redakan ketegangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serangan udara Israel di bandar Baalbeck, lembah Bekaa, Lebanon, baru-baru ini. - AFP

PETALING JAYA – Malaysia menggesa semua pihak di Asia Barat meredakan ketegangan yang semakin memuncak sekali gus menjejaskan kestabilan rantau itu dengan segera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, serangan berterusan Israel di Lebanon, Syria dan Yaman adalah percubaan untuk mengalihkan tumpuan masyarakat global daripada kekejamannya terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

“Tindakan berkenaan adalah semata-mata untuk memastikan pemimpin mereka terus berkuasa dan tidak dipenjarakan.

“Mengorbankan nyawa-nyawa tidak berdosa demi karier politik seseorang,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, tindakan itu perlu segera dihalang tambahan Israel mengancam untuk menarik lebih banyak pihak ke dalam konflik terbabit.

“Ia sekali gus meningkatkan ketidakstabilan serta meluaskan skala kemusnahan.

“Malaysia gesa semua pihak berkenaan ambil tindakan segera untuk kurangkan permusuhan dan wujudkan syarat diperlukan bagi mengelakkan konflik serantau yang lebih luas daripada meletus,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI