fbpx

Himpunan solidariti: Tujuh individu selesai dirakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi (tengah) bercakap pada sidang akhbar pelupusan barang kes dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur Tahun 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seramai tujuh individu telah dirakam keterangan berhubung himpunan solidariti di pintu belakang Kedutaan Amerika Syarikat di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kertas siasatan berhubung kes itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, tujuh individu telah selesai dirakam percakapan dan kertas siasatan akan diselesaikan dalam minggu ini. Keputusan akan diputuskan oleh Jabatan Peguam Negara kelak,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.

Menurut beliau, semua pimpunan yang dilaksanakan perlu memberi notis dan mendapat kebenaran.

Terdahulu Kosmo! melaporkan polis membuka satu kertas siasatan berhubung perhimpunan solidariti pada Isnin lalu. Seramai tujuh orang menyatakan sokongan ke atas Palestine dan mengecam tindakan Israel dalam himpunan itu pada pukul 8.10 pagi.

Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI