fbpx

Polis KL lupus dadah RM36.43 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi Mohd Isa (empat kiri) menunjukkan antara dadah yang dilupuskan pada sidang akhbar pelupusan barang kes dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur Tahun 2024 di IPK KL. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM36.43 juta dan peralatan memproses bahan terlarang itu yang dirampas sejak 2003 hingga 2023.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pelupusan barang kes itu dilaksanakan mengikut mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) D207 (Pelupusan Barang Kes).

Katanya, barang kes yang dilupuskan melibatkan sebanyak 2,844 kertas siasatan dari 2003 hingga 2023 yang selesai perbicaraan di mahkamah.

“Bagi mematuhi kehendak piawaian alam sekitar, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur menggunakan khidmat dan kepakaran anak syarikat Kumpulan Cenviro Kualiti Alam Sdn. Bhd.

“Ia berdasarkan kewibawaan dan pengalaman mereka dalam industri pengurusan sisa di samping peralatan dan kepakaran dalam melupus barangan berjadual menggunakan fasiliti terbaharu ‘scheduled waste to energy’ atau insinerator yang menghasilkan tenaga baru, teratur dan tiada pencemaran,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.

Menurut beliau, pelupusan akan dijalankan di Pusat Rawatan Sisa Kualiti Alam Sdn. Bhd., Ladang Tanah Merah A3 Division, Bukit Pelandok, Negeri Sembilan.

Barangan yang akan dilupuskan adalah 285.53 kilogram (kg) methamphetamine bernilai RM 34.43 juta, 70.244 kg MDMA (RM 1.05 juta) dan 8.815 kg heroin (RM 308,000).

“Seterusnya, 8.671 kg kanabis (RM 433,000); 189.6 liter (l) air ketum (RM18,000) dan lain-lain bahan kimia digunakan untuk memproses dadah iaitu 1.9 kg pepejal dan 786.3 l cecair,” jelasnya.

Ujarnya, harga pasaran bagi kesemua dadah dianggarkan bernilai RM 36.43 juta dan boleh digunakan oleh 1.2 juta penagih. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI