fbpx

Mekanik didenda RM5,000 gagal patuhi award tribunal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMAD Zamzam (tengah) dikenakan hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh kerana gagal mematuhi award TTPM berjumlah RM6,750, dua tahun lalu.

IPOH – Seorang mekanik didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana gagal mematuhi award perintah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) membayar tuntutan berjumlah RM6,750 kepada seorang pensyarah dua tahun lalu.

Muhamad Zamzam Mohd. Razali, 28, selaku orang kena saman (OKS) juga berdepan hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah gagal untuk mematuhi award TTPM (No.TTPM-A-(P)-161-2021) yang dikeluarkan pada 27 September 2022 yang memerintahkan supaya membayar RM6,750 kepada pihak yang menuntut dalam tempoh 14 hari dari tarikh award diserahkan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat TTPM, Lot 23, Bangunan UTC Perak, Jalan Dato’ Onn Jaafar di dalam daerah Kinta pada 10 Oktober 2022.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Muhammad Ridzuan Abd Rahim manakala OKS tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, tuntutan terhadap OKS itu difailkan oleh pengadu berhubung kegagalan lelaki itu yang juga mekanik kereta menyiapkan pembaikan kenderaan pengadu seperti mana yang dijanjikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI