fbpx

[VIDEO] Treler terbabas, 42 tan minyak sawit tumpah ke sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN treler sarat dengan muatan minyak sawit yang terbabas ke dalam anak sungai Lubuk Gayong, Benta, di Lipis, hari ini.

LIPIS – Sebuah treler yang sarat dengan muatan minyak sawit hilang kawalan dan terbabas ke dalam anak sungai Lubuk Gayong, Benta, di sini hari ini.

Kejadian tersebut menyebabkan muatan minyak sawit seberat 42 tan mengalir ke dalam anak sungai berkenaan selepas tangkinya pecah.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika treler berkenaan dalam perjalanan dari Kilang Sawit Felcra Jaya Putra di Jerantut menuju ke Semenyih, Selangor.

“Treler dipandu lelaki berumur 36 tahun itu hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyebabkan tangki treler itu tergolek masuk ke dalam anak sungai,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ismail, pemandu treler yang berasal dari Felda Jengka 11, Jerantut yang cedera telah dihantar ke Klinik Kesihatan Benta untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI