fbpx

PM ucap tahniah pelantikan Sirajuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mengucapkan tahniah di atas pelantikan Sirajuddin sebagai Ketua Pengarah Jakim yang baharu.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah di atas pelantikan Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang baharu.

Anwar berkata, beliau berharap agar Sirajuddin sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah Jakim yang baharu berkuat kuasa hari ini.

“Semoga Datuk Dr. Sirajuddin akan menjunjung tinggi amanah ini dengan bekerja keras untuk memartabatkan syiar Islam, memperkasa industri halal serta memperkukuh tadbir urus hal ehwal Islam secara berwibawa dan berhikmah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sirajuddin yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pengarah (Dakwah) di Jabatan Agama Islam Selangor pada 2 Januari 1992.

Selain itu, Sirajuddin yang juga berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Teknologi Maklumat dari Universiti Teknologi Mara dan Ijazah Doktor Falsafah (Sains Komputer) dari University of South Australia pernah berkhidmat sebagai Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Jakim, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim serta Setiausaha Pertama (Halal) di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Canberra, Australia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI