fbpx

Hannah mahu Elmi fokus pemulihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Elmi mungkin disisihkan pada peringkat ketiga LTdL esok selepas mengalami kecederaan pada perlumbaan hari ini. - Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap pelumba pasukan kebangsaan Malaysia, Elmi Jumari fokus pada proses pemulihan dan tidak terlalu memikirkan soal mengenai basikalnya yang ranap sewaktu terlibat dalam insiden kemalangan ngeri pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 dari Arau ke Butterworth semalam.

Tegas Hannah, pihaknya telah menerima permintaan dari wakil pelumba skuad kebangsaan, Elmi Jumari terutama untuk membantu menggantikan basikalnya bernilai RM36,000 tersebut.

Ujar Hannah, pihak Majlis Sukan Negara (MSN) akan melihat perkara tersebut untuk membantu pelumba berusia 34 tahun dan manu Elmi fokus pada kesihatannya terlebih dahulu.

“Kita telah menerima permintaan (basikal) tersebut dari rakan-rakan beliau tetapi MSN tengah melihat isu tersebut tetapi apa yang penting sekarang adalah saya harap dia fokus pada pemulihan di hospital.

“Perkara paling penting ialah beliau boleh berlatih semula dengan cepat. Jadi, saya nak dia fokus pada pemulihan dahulu dan kemudian isu basikal tersebut MSN akan melihat kemudian,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Inisiatif Milo kepada atlet Olimpik dan Paralimpik di Tun Razak Exchange (TRX) hari ini.

Pelumba skuad kebangsaan, Mohd. Elmi Jumari mengalami kecederaan sebelum melintasi garisan penamat peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 sebentar tadi. – Foto tangkap layar video tular pembaca

Elmi yang mengalami kecederaan serius tersebut sudah selamat menjalani pembedahan jari kiri dan akan menjalani dua lagi pembedahan untuk tulang selangka dan jari kanan.

Akibat insiden kemalangan tersebut Elmi dikenakan didenda sebanyak 200 Swiss Franc (RM978.50) oleh Persekutuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), bagaimanapun  Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bersedia menyelesaikan denda tersebut.- KOSMO! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN