fbpx

Lelaki acu pistol tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek mengacu senjata api di tengah jalan di Bandar Lampung. - Istimewa

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki membawa senjata api di tengah jalan dan mengacukan pistol tersebut kepada orang ramai, lapor program berita Liputan6.

Kejadian berlaku di Bandar Lampung, wilayah Lampung kelmarin.

Berdasarkan rakaman video, lelaki berjaket merah dan seluar biru itu dilihat berdiri di tengah jalan sambil memegang sepucuk pistol.

Dia kemudian berdiri di sebelah sebuah kereta sambil mengacukan pistol, namun kenderaan tersebut segera berlalu pergi.

Beberapa individu yang berada di sekitar jalan tersebut dilihat cuba menjauhkan diri daripada suspek bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Lampung, Komisioner Polis Abdul Waras berkata, pihaknya sedang memburu suspek dalam video tersebut.

“Identiti suspek sudah dikenal pasti, dan polis masih memburunya,” katanya sambil menambah, motif kejadian masih disiasat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI