fbpx

Nenek cantik persis selebriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita ini melahirkan anak pada usia muda, menyebabkan dia mempunyai cucu pada usia 40-an. - Weibo

BEIJING  – Seorang wanita di Tianjin menjadi perhatian pengguna media sosial kerana bergelar nenek pada usia lingkungan 40-an, namun kelihatan seperti seorang gadis, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Wanita yang enggan mendedahkan identitinya itu berkata, dia terkejut dengan perhatian yang diterima selepas memuat naik video di laman sosial Weibo untuk menunjukkan cucunya.

Dengan hanya memberitahu bahawa usianya mencecah 40-an, wanita tersebut berkata, dia melahirkan anak pada usia muda. Ia menyebabkan dia mempunyai cucu  pada tempoh usia tersebut.

Ketika ditanya mengenai petua untuk kelihatan muda, wanita berkenaan berkata, dia menjaga kulitnya dengan baik, kerap bersenam dan menjalani diet seimbang, selain memakai pakaian mengikut trend terkini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI