fbpx

Juve turun tanpa kelibat Sandro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANDRO terlepas aksi menentang Milan awal pagi esok selepas diuji positif koronavirus. – AFP

TURIN – Juventus berdepan tugas sukar menjelang aksi Serie A menentang AC Milan di San Siro awal pagi esok selepas tonggak pertahanan, Alex Sandro tidak dapat diturunkan kerana positif Covid-19.

Pemain antarabangsa Brazil itu menjalani ujian calitan Ahad lalu selepas menunjukkan simptom-simptom jangkitan sebelum disahkan positif kelmarin.

“Juventus mengesahkan Alex Sandro positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan. Oleh itu, dia perlu untuk menjalani kuarantin di rumah.

“Kelab sentiasa berhubung dengan pihak kesihatan bagi memastikan semua pemain dan staf di Juventus mematuhi protokol sebelum turun menjalani latihan,” kata kelab itu menerusi satu kenyataan.

Selain Sandro, skuad The Old Lady itu juga dijangka turun tanpa penyerang antarabangsa Sepanyol, Alvaro Morata yang belum pulih daripada kecederaan paha.

Sementara itu, jurulatih Juventus, Andrea Pirlo menganggap pemain tengah, Aaron Ramsey memiliki kemampuan untuk membantu pasukan tersebut membawa pulang tiga mata.

“Apabila bebas daripada sebarang kecederaan, dia (Ramsey) boleh menjadi pemain yang sa­ngat penting untuk pasukan. Dia sangat bijak dan saya harap dia boleh meneruskan aksi seperti itu bertemu Milan nanti,” tambahnya lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI