fbpx

Getha hanya guna getah asli untuk produk pengeluarannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Getha menyediakan ruang pameran dan jurujual berkebolehan untuk memberi penerangan mengenai tilam dan penyelesaian lain pada pameran yang berlangsung di Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Getha Bedding (M) Sdn. Bhd. (Getha) memainkan peranan penting dalam industri getah di negara ini kerana polisinya hanya menggunakan getah asli dalam pembuatannya sekali gus dapat menyumbang kepada pembangunan industri berkenaan, ekonomi di luar bandar dan juga mempromosikan pengurusan ladang pokok getah yang mampan.

Ketua Bahagian Perkongsian Strategik Getha, Lim Seng Yu berkata, selari dengan misi tersebut, sejak tahun 1969,syarikat  komited untuk mencipta penyelesaian tilam yang bukan sahaja mewah tetapi juga bertanggungjawab terhadap alam sekitar serta membantu sektor perladangan komoditi yang terlibat langsung dengan industri getah.

“Sebagai contoh, Getha memerlukan 1,000 pokok getah tempatan untuk menghasilkan sebuah tilam bersaiz king, yang membuktikan hubungan rapat dan sokongan kami terhadap industri getah. 

“Dengan menggunakan 100 peratus  getah asli keluaran tempatan, kami menyumbang kepada pengurusan lestari ladang pokok getah, memastikan kelangsungan dan pertumbuhan industri penting ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini bersempena Pameran Getha di pusat beli-belah di sini baru-baru ini.

Seng Yu menerangkan, dengan lebih lima dekad kepakaran, Getha, yang diambil daripada perkataan Melayu ‘Getah’, telah memacu jenama tersebut sebagai peneraju dalam pembuatan tilam mewah dan mesra alam melalui penggunaan 100 peratus getah asli.

Tambah beliau, komitmen Getha terhadap kualiti dan kelestarian telah mendorong perluasan jenama tersebut ke lebih 30 buah negara, termasuk Australia, Korea Selatan, Thailand, Jepun, New Zealand, Arab Saudi, Sepanyol. 

Kehadiran jenama tersebut dalam skala global membolehkan syarikat mempromosikan kepakaran pembuatan produk tempatan dan hasil getah asli negara, sambil memperkukuhkan reputasi antarabangsa Malaysia dalam amalan kelestarian.

Mengulas lanjut mengenai Pameran Getha, syarikat telah memberi peluang kepada pengunjung pusat beli-belah itu  melihat dengan lebih dekat produk dan menjiwai warisan jenama ini. 

Pameran tersebut menampilkan pelbagai rangkaian produk Getha, yang dihasilkan dengan teliti dan mencerminkan kualiti dan perhatian yang luar biasa terhadap perincian yang sinonim dengan jenama ini.

Sebagai tarikan utama, Getha juga melancarkan barisan tilam baharu di pameran ini, termasuk Green Valley, Golden Gate; Boston Dream dan Victoria Park.

 Setiap tilam tersebut menampilkan ciri-ciri inovatif seperti vegan, kalis api, infusi minyak zaitun, dan fabrik viskos untuk menambah keselesaan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI