fbpx

UCL: Liverpool idam kemenangan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SLOT bakal menikmati aksi Eropah pertama di Anfield apabila Liverpool bakal menerima kunjungan Bologna awal pagi esok. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot sudah tidak sabar untuk merasai pengalaman sulung aksi Liga Juara-Juara (UCL) di Anfield menjelang pertemuan menentang pasukan Serie A, Bologna awal pagi esok.

Beliau menganggap suasana di ‘rumah’ baharunya itu hampir sama dengan pasukan terdahulu, Feyenoord apabila penyokong-penyokong sentiasa memberikan sokongan tanpa henti sepanjang 90 minit permainan.

Justeru, Slot berharap barisan pemainnya dapat menggunakan kesempatan itu untuk terus mengekalkan aksi sempurna dalam saingan UCL musim ini dengan mencatat kemenangan kedua selepas membenam AC Milan bulan lalu.

“Ada sesetengah kelab, anda perlu melakukan sesuatu terlebih dahulu bagi memenangi hati mereka (penyokong), tetapi di sini, saya sudah dapat rasakan ‘api’ daripada mereka, sama seperti ketika di Feyenoord.

“Saya diberitahu aksi Liga Juara-Juara di sini lebih gila, jadi saya mahu rasakan suasana itu buat kali pertama. Saya harap aksi bola sepak Eropah pertama saya di sini berakhir dengan keputusan positif,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui bahawa pasukan yang diwarisi daripada pengurus terdahulu, Jurgen Klopp membuatkan tugasnya lebih mudah dan ia terbukti apabila mereka masih mampu mengekalkan aksi terbaik.

“Saya fikir pasukan yang ditinggalkan kepada saya adalah sebuah pasukan sempurna, terutamanya dari segi mentaliti. Saya gembira kerana inilah yang diperkatakan oleh Klopp sebelum ini,” ujar Slot. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI