BIARPUN sudah tidak sebumbung, isteri kepada aktor Andrew Andika yang ditahan polis atas dakwaan memiliki dan positif dadah bertegas suaminya seorang yang ‘bersih’ daripada bahan terlarang itu.
Tengku Dewi Putri yang juga pelakon mengakui keadaan lelaki itu tampak baik-baik sahaja biarpun mereka sedang dalam proses bercerai.
Begitupun, katanya dia akan cuba memberi bantuan dengan menyediakan peguam untuk pelakon Bintang di Syurga itu.
Menurut individu terdekat, ibu kepada dua anak itu awalnya terkejut selepas dikhabarkan suaminya terbabit dengan dadah.
Sejak awal perkahwinan, Tengku Dewi Putri juga bertegas, tidak pernah melihat tanda-tanda Andrew ada mengambil dadah, mahupun terlibat dengan orang mencurigakan.
Terdahulu, berdasarkan ujian air kencing pada 26 September lalu, Andrew yang ditahan di Bogor bersama lima lelaki lain disahkan menggunakan amfetamin dan metamfetamin.
Sehingga kini, aktor berusia 37 tahun itu masih ditahan pihak berkuasa sementara menunggu hari perbicaraan.