fbpx

ACL2: Selangor FC buru kemenangan sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIKOLA Jambor menjadi pemain terbaharu ditandatangani oleh Selangor untuk memantapkan pasukan itu. - FB SELANGOR FC

PASUKAN Selangor FC dijangka berada dalam keadaan terbaik ketika ini menjelang aksi kedua Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia II (ACL II) menentang Cebu FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) esok.

Selepas sekadar mencatat keputusan seri 1-1 ketika bertemu Muangthong United bulan lalu, skuad Gergasi Merah menggalas misi memburu kemenangan pertama di pentas tertinggi Asia dengan membenam pasukan dari Filipina itu.

Penyerang Selangor, Ronnie Fernandez percaya dia dan rakan sepasukan perlu memberikan segala-galanya dan menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan pasukan dapat mengekalkan rentak kemenangan.

“Buat masa sekarang, kami hanya perlu lakukan yang terbaik selain fokus dengan melaksanakan tugas masing-masing. Kami juga sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan diri dalam sesi latihan.

“Sekiranya kami mahu mengekalkan rentak kemenangan, ia (kerja keras) perlu dilakukan dalam setiap pertandingan. Semua pemain sentiasa mencuba untuk mengulanginya setiap kali masuk ke dalam padang,” katanya.

Selangor yang juga juara 33 kali Piala Malaysia berada pada prestasi terbaik ketika ini selepas membenam gergasi Pantai Timur, Terengganu FC menerusi kemenangan tipis 1-0 pada aksi Liga Super Sabtu lalu.

Sementara itu, Fernandez turut berpuas hati dengan prestasinya ketika ini, terutamanya ketika menjadi wira Selangor apabila menjaringkan gol kemenangan seawal minit pertama bagi menewaskan Terengganu.

“Sebagai seorang penyerang, memang tugas saya adalah untuk menjaringkan gol dan saya gembira kerana dapat melaksanakannya. Bagaimanapun, apa yang paling penting adalah membantu pasukan catat kemenangan,” ujar pemain dari Chile itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI