fbpx

EPL: Van Nistelrooy bakal diberi peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NISTELROOY (kanan) dilapor menjadi pilihan pihak pengurusan United untuk menjadi pengurus interima sekiranya Ten Hag dipecat. - FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pembantu pengurus, Ruud Van Nistelrooy dilapor berada dalam pertimbangan pihak pengurusan Manchester United untuk dilantik sebagai pengendali jangka pendek sekiranya mereka membuat keputusan memecat Erik Ten Hag.

Ten Hag berada dalam tekanan tinggi ketika ini apabila pasukan itu berdepan kekalahan 0-3 kepada Tottenham Hotspur di Old Trafford kelmarin sekali gus menjadi kekalahan kedua selepas tewas dengan keputusan sama di laman sendiri kepada Liverpool sebulan lalu.

Bekas penyerang United itu kembali ke Old Trafford pada musim panas lalu untuk membantu Ten Hag dan memiliki pengalaman mengendalikan PSV Eindhoven pada musim 2022/23 sebelum meletakkan jawatan.

Laporan sebelum ini menyebut, Ketua Pegawai Eksekutif United, Omar Berrada dan pengarah sukan kelab itu, Dan Ashworth percaya Nistelrooy memiliki kemampuan untuk mengemudi pasukan tersebut untuk tempoh sementara.

Bagaimanapun, Ten Hag masih lagi mendapat kepercayaan pengurusan tertinggi kelab itu biarpun berdepan tiga kekalahan dalam enam perlawanan awal musim ini apabila diberikan dua lagi peluang untuk mengubah nasibnya.

Pengendali dari Belanda itu perlu memastikan United meraih kemenangan ke atas FC Porto dalam saingan Liga Europa awal pagi Jumaat ini serta mendapatkan tiga mata pada pertemuan menentang Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris dua hari kemudian di Villa Park.

Pemilik saham United, Sir Jim Ratcliffe dilapor keberatan untuk memecat Ten Hag apabila kelab itu perlu membayar pampasan besar ekoran lanjutan kontrak setahun sehingga 2026 telah diberikan kepada pengurus itu pada musim panas lalu.

Namun, sekiranya terpaksa mereka tetap akan membuat keputusan tersebut pada cuti rehat aksi antarabangsa bulan ini dengan beberapa nama seperti pengendali Inter Milan, Simone Inzaghi dan Gareth Southgate termasuk dalam calon pengurus baharu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI