fbpx

LTdL 2024: PKBM sedia ‘lunas’ denda Mohd. Elmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Elmi mungkin disisihkan selama enam bulan selepas mengalami kemalangan semalam. - Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

CAMERON HIGHLANDS – Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sedia membantu pelumba kebangsaan, Mohd. Elmi Jumari dengan melunaskan denda 200 Swiss France (RM978.50) yang dikenakan Persekutuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) semalam.

Pada perlumbaan yang berakhir di Butterworth itu, Mohd. Elmi terlibat dalam kemalangan ketika menghampiri garisan penamat selepas mengalami kecederaan patah tulang jari kanan dan kiri selain selangka.

Timbalan Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, pihaknya bersedia membayar denda berkenaan memandangkan ia di bawah tanggungan PKBM.

“Denda adalah sebahagian daripada perlumbaan sama ada suka ataupun tidak. Kalau itu denda dikeluarkan komisar, kita kena bayar dan tiada gunanya untuk membuat rayuan.

“Keputusan komisar adalah muktamad dan untuk nilai itu (RM978.50), kita terima,” kata Amarjit ketika ditemui Kosmo! hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI