fbpx

Ramai kecewa iPhone 16 Pro ada masalah skrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMILIK iPhone 16 Pro sering menghadapi masalah dengan skrin sentuh telefon mereka. – Gambar hiasan

PELANCARAN telefon pintar jenama Apple, iPhone 16 menjadi sorotan apabila siri terbaharu itu tampil dengan beberapa perubahan baharu yang membuatkan ramai pengguna ingin menaik taraf peranti mereka.

Namun begitu, selepas ramai beralih ke model berkenaan, pemilik iPhone 16 Pro sudah mula menghadapi masalah dengan skrin sentuh telefon mereka.

Ia dikatakan berlaku selepas tiga hari telefon itu dikeluarkan.

Menurut laporan tomsguide.com, ada sesetengah pengguna melaporkan bahawa butang kawalan kamera iPhone 16 Pro terlalu sensitif sehingga menyebabkan fungsi kamera terbuka meskipun tersentuh tanpa sengaja.

“Ramai yang melaporkan masalah yang terdapat pada telefon baharu ini.

“Ia sepatutnya tidak berlaku kerana Apple sudah mengeluarkan banyak varian. Mereka patut belajar untuk memperbaiki kelemahan daripada varian lama.

“Butang kawalan kamera iPhone 16 Pro juga menyebabkan skrin ‘membeku’ buat sementara waktu.

“Pengguna mendakwa mereka tidak dapat meleret atau mengetik dan hanya fungsi home yang memberi respon,” kata laporan itu.

Tambahnya, ada sesetengah pengguna mendakwa bahawa masalah telefon itu lebih ketara apabila digunakan tanpa sarung peranti.

Bagaimanapun, ia dikatakan tidak membantu menyelesaikan masalah, tetapi hanya mengurangkan isu skrin membeku apabila tangan tersentuh butang kawalan kamera.

Sementara itu, seorang pengguna dikenali sebagai Khaos Tian berkongsi di media sosial tentang isu yang berlaku dengan menunjukkan skrin iPhone 16 Pro tidak memberi respon apabila dia

melakukan sentuhan.
Jelasnya, hal Ini berlaku kerana algoritma sentuhan leret mungkin sedikit sensitif dan memberi tindak balas berlebihan kepada respon skrin.

“Jika masalah ini berlaku, anda hanya perlu mengelak daripada menyentuh kawasan sebelah butang kawalan kamera.

“Hal ini mungkin berterusan sehingga Apple boleh mengatur kemas kini perisian untuk membetulkan isu yang berlaku kepada pengguna iPhone 16 Pro,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI