fbpx

Bank Rakyat salur RM350,000 kepada 70 masjid, surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 70 buah masjid dan surau seluruh negara yang terpilih mendapat sumbangan dari Bank Rakyat.

PETALING JAYA – Sebanyak 70 buah masjid dan surau di seluruh negara yang terpilih menerima umbangan daripada Bank Rakyat masing-masing sebanyak RM5,000 dengan jumlah keseluruhan RM350,000 bagi tujuan pengimarahan.

Bank Rakyat berkata, sumbangan itu disampaikan pada Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat yang dianjurkan serentak di 70 lokasi sempena ulang tahun ke-70 bank koperasi Islam terbesar di Malaysia itu pada 28 September lalu.

Program itu merupakan sebahagian daripada inisiatif kemasyarakatan Bank Rakyat bagi mengukuhkan hubungan dengan masyarakat yang menjadi tonggak kejayaan institusi kewangan tersebut selama tujuh dekad.

“Selain dianjurkan bagi mensyukuri pencapaian dan pertumbuhan mampan Bank Rakyat, program ini juga mencerminkan jalinan silaturahim yang kukuh antara Bank Rakyat dengan pelanggan dan masyarakat.

“Hubungan erat ini menjadi aspirasi untuk Bank Rakyat terus berkhidmat dan memberi impak positif kepada seluruh masyarakat, bukan sahaja aspek perkhidmatan perbankan, malah sudut pembangunan sosial melalui aktiviti kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial korporat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, sejajar dengan aspirasi Bank Rakyat dan nilai yang ditekankan dalam konsep Malaysia Madani, bantuan tersebut diharap dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat serta memperkukuh hubungan silaturahim yang terjalin antara Bank dengan masyarakat.

“Melangkah ke hadapan, Bank Rakyat akan meneruskan usaha inovasi agar kekal relevan dalam perkembangan pantas industri perbankan Islam dengan menyediakan penyelesaian perbankan yang holistik dan patuh pada prinsip syariah,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI