fbpx

Amaran hujan lebat ketika pulang kerja petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di hampir seluruh negara petang ini.

Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sebanyak semilan negeri terlibat antaranya Kedah (Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Selain itu, jangkaan hujan lebat itu turut melanda seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur serta Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Antara negeri lain terlibat adalah Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Johor (Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) serta Sabah di pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat,” jelas kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI