fbpx

Alami masalah depresi, Aron direhatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARON

KUMPULAN NU’EST terpaksa meneruskan aktiviti promosi mereka dengan empat anggota selepas Aron terpaksa mengambil cuti rehat demi memberi fokus terhadap kesihatannya.

Perkara berkenaan dimaklumkan agensi Pledis Entertainment dengan memberitahu penyanyi itu akan berehat seketika daripada kerjaya seninya.

“Kebelakangan ini Aron dilaporkan mengalami simptom serangan kebimbangan. Selepas menjalani rawatan, dia didiagnosis oleh pakar dan memerlukan rehat yang banyak.

“Selepas berbincang bersama Aron dan anggota NU’EST yang lain, kami membuat keputusan untuk memberi ruang kepadanya supaya berehat dan memberi fokus untuk rawatan,” ujar agensi tersebut.

Keputusan berkenaan sekali gus menyebabkan NU’EST terpaksa meneruskan aktiviti seni mereka dengan empat ahli yang lain iaitu Baekho, JR, Hwang Min-hyun dan Ren.

Pada masa sama, agensi tersebut menyeru peminat setia NU’EST agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi dan salah faham berkaitan tahap kesihatan Aron.

“Kami akan melakukan yang terbaik supaya dia segera sembuh. Untuk masa akan datang, kami juga mengeluarkan kenyataan rasmi sekiranya dia sudah bersedia untuk kembali bersama NU’EST,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI