fbpx

[VIDEO] ‘Kau salah, kau pula yang mengamuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV yang memaparkan situasi pergaduhan tersebut.

PETALING JAYA – Seorang pelanggan mengamuk dengan mencampak cawan ke lantai sehingga pecah gara-gara berang ditegur oleh pekerja di sebuah kedai makan.

Situasi tersebut berlaku apabila pelanggan terbabit menghisap rokok di dalam kedai dan kemudiannya dia ditegur untuk tidak berbuat demikian.

Tindakan pelanggan tersebut dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai makan terbabit dan kini telah tersebar di media sosial sehingga meraih lebih 27,000 tontonan.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah kedai makan yang terletak di Taman Seremban Jaya, Seremban dekat Negeri Sembilan baru-baru ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam pelanggan terbabit kerana merokok di dalam kawasan kedai makan.

“Kau salah, kau pula mengamuk. Kau dah tahu larangan merokok di kedai makan, kau pula tak boleh ditegur,” kata Zack.

“Baguslah pekerja tu datang tegur, kalau dia terus hubungi pihak berkuasa, saman yang kau dapat,” kata Haidar.

“Hebat betul. Dah buat salah, lepas itu pecahkan cawan macam nak tunjuk dia hero. Kalau susah sangat nak ikut peraturan, baik lepak rumah sahaja,” tegur Link Leo. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI