fbpx

PM ucap selamat ulang tahun SPRM Ke-57

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyampaikan ucapan tersebut di Facebooknya

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut ulang tahun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ke-57 pada hari ini.

“Selamat ulang tahun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ke-57.

“Teruskan usaha dan komitmen selama hampir enam dekad badan ini untuk membersihkan negara daripada rasuah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Bermula 1 Januari 2009, SPRM beroperasi sebagai sebuah badan yang mengambil alih sepenuhnya tugas Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang ditubuhkan pada 1 Oktober 1967.

Badan itu bertindak mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang digubal bagi menggantikan Akta Pencegah Rasuah 1997 dan diketuai oleh seorang Ketua Pesuruhjaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI